Pengukuhan Kemahiran Psikomotor Dalam Kerja Sains Kejuruteraan Melalui Demonstrasi Video Atas Talian
Keywords:
Kemahiran psikomotor, demonstrasi video, laporan makmalAbstract
Kerja makmal adalah salah satu kaedah dalam penilaian kerja kursus bagi Sains Kejuruteraan. Mulai pertengahan Semester Jun 2020, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PDP) serta kaedah penilaian telah berubah sepenuhnya, di mana ia terpaksa dilaksanakan secara atas talian disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerkan (PKP). Dalam melaksanakan PDP serta urusan pentaksiran, faktor penilaian kognatif, afektif dan psikomotor merupakaan suatu keutamaan. Disebabkan pandemik ini, timbul kesukaran oleh pensyarah dalam menilai kemahiran psikomotor pelajar khasnya dalam kerja makmal Sains Kejuruteraan. Bagi memastikan pensyarah dapat menilai kemahiran psikomotor pelajar, maka soalan tambahan diperkenalkan dalam lembaran kerja makmal, yang memerlukan pelajar menyelesaikan beberapa perkara melibatkan aktiviti psikomotor. Kajian ini melibatkan 26 orang pelajar seksyen DGU1A di bawah program pengajian Diploma Geomatik. Secara khusus, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran psikomotor dalam menyelesaikan kerja makmal, di samping memudahkan pensyarah membuat penilaian. Soalan tambahan yang dikemukakan mengarahkan pelajar menyenaraikan keselamatan dan peraturan keselamatan ketika di makmal, serta melaksanakan demonstrasi uji kaji melalui rakaman video atau gambar untuk menunjukkan kefahaman konsep pada setiap kerja makmal bagi Lab 1, Lab 2, dan Lab 3. Dapatan yang diperoleh melalui kajian tindakan menunjukkan pelajar memahami demonstrasi video yang diberikan berdasarkan laporan kerja makmal serta mampu memberi jawapan yang baik pada soalan tambahan. Melalui kajian ini, laporan makmal dan jawapan kepada soalan tambahan dapat menguji kemahiran psikomotor dengan lebih berkesan dan pensyarah mudah untuk menilai berdasarkan rubrik standard yang diselaras oleh Penyelaras Kursus Politeknik Malaysia.