Produk Inovasi Mesin Auto-PT(Auto-PT Machine for Bean Sprouts Production)

Authors

  • Muhammad Arid Abdulahim Kolej Komuniti Tawau Author
  • Abdul Halim Ruseh Kolej Komuniti Tawau Author
  • Mohd Zaki Mohd Ismail Kolej Komuniti Tawau Author

Keywords:

Auto-PT, Automasi Penanaman Tauge, penanaman tauge, percambahan

Abstract

Pembangunan penyelidikan dan inovasi dalam pertanian adalah suatu proses yang ditujukan untuk menambah produksi pertanian yang sekaligus meningkatkan pendapatan, produktiviti. Kelestarian penyelidikan, inovasi, dan kreativiti menjadi elemen penting bagi sesebuah negara khususnya Malaysia dalam usaha menuju ke arah negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi. Justeru, sektor pertanian turut tidak ketinggalan dalam pembudayaan penyelidikan dan inovasi untuk menjamin sekuriti makanan negara. Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti impak penggunaan produk inovasi iaitu mesin Auto-PT atau Automasi Penanaman Tauge dalam meningkatkan hasil pengeluaran penanaman tauge. Tauge merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang sama ada kacang hijau atau kacang hitam. Tauge kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti kesesuaian reka bentuk mesin Auto-PT sebagai satu produk inovasi dalam meningkatkan hasil pengeluaran tauge. Inovasi metodologi mesin Automasi Penanaman Tauge atau Auto-PT didapati berupaya meningkatkan tahap pengeluaran dan produktiviti hasil penanaman tauge menjadi lebih optimum. Kajian tindakan ini telah dijalankan dengan membandingkan perbezaan antara kaedah penanaman tauge secara konvensional dan aplikasi inovasi mesin Auto-PT. Penanaman tauge secara komersial memerlukan kemudahan seperti rumah penanaman, peralatan, dan kedudukannya, bahan tanaman dan teknik penanaman. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan fizikal tauge yang ketara hasil daripada penggunaan mesin Auto-PT dalam penanaman tauge. Lantaran itu, penggunaan produk inovasi Auto-PT ini dapat mengurangkan kos pengeluaran, kos penggunaan air, dan kos kerja penyiraman. Di samping menjimatkan kos pengeluaran, Auto-PT juga mampu meningkatkan hasil tanaman tauge dan seterusnya mencambah pendapatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-20