Pelaksanaan E-Pembelajaran Melalui Microsoft Teams

Authors

  • Bibie Neo Politeknik Kuching Sarawak Author
  • Ying-Leh Ling Politeknik Kuching Sarawak Author
  • Mahathir Mohamad Kamin Politeknik Kuching Sarawak Author

Keywords:

e-pembelajaran, Microsoft Teams, teknologi,, pengajaran dan pembelajaran

Abstract

Pendidikan telah terjejas dengan ketara oleh penyebaran wabak COVID-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020. Semua institusi pendidikan telah ditutup dan aktiviti bersemuka ditangguhkan untuk mengawal penyebaran virus. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat diteruskan, kaedah e-pembelajaran diperkenalkan sebagai norma baharu di semua institusi pengajian tinggi. Politeknik Kuching Sarawak turut melaksanakan e-pembelajaran melalui pelbagai platform seperti Google Classroom, Google Meet, Curiculum Information Document Online System (CIDOS) dan Microsoft Teams. Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi aplikasi Microsoft Teams dalam PdP e-pembelajaran. Ia adalah kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi dari kajian terdahulu oleh Chear (2017), melibatkan 161 pelajar dari enam jabatan akademik. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version (SPSS). Hasil analisis menunjukkan bahawa pemilikan telefon pintar oleh pelajar memberi impak yang signifikan terhadap e-pembelajaran di politeknik. Ini bermakna kehadiran alat teknologi juga mempengaruhi kualiti pembelajaran pelajar. Kajian ini diharapkan dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PdP e-pembelajaran pada masa hadapan, serta merangsang motivasi pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam era globalisasi yang menekankan kebolehan dalam teknologi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24