Integrasi Penggunaan Teknologi Pelbagai Media oleh Guru Pendidikan Islam di Maahad Yayasan Islam Kelantan

Pengarang

  • Muhammad Zulazizi Mohd Nawi Universiti Pendidikan Sultan Idris Author
  • Azmil Hashim Universiti Pendidikan Sultan Idris Author
  • Norhisham Muhamad Universiti Pendidikan Sultan Idris Author

Kata kunci:

Teknologi pelbagai media, pengajaran dan pembelajaran, guru Pendidikan Islam, maahad

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan teknologi pelbagai media dalam kalangan guru pendidikan Islam di maahad Yayasan Islam Kelantan di seluruh negeri Kelantan. Kajian ini melibatkan 127 orang guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunah, Pendidikan Syariah Islamiah, dan Tasawwur Islamiah. Secara umumnya, kajian ini adalah kajian kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk set soal selidik yang telah dibina serta disemak oleh panel rujukan pakar. Tahap kebolehpercayaan alfa Cronbach bagi semua bahagian dalam borang soal selidik ialah tinggi (>0.9). Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25 untuk mendapatkan kekerapan (frekuensi), peratus, min, interpretasi, dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknologi pelbagai media berada pada tahap sederhana tinggi (M=3.03, SP=. 940). Analisis inferensi mendapati perbezaan yang signifikan bagi penggunaan teknologi pelbagai media berdasarkan pengalaman mengajar (p=0.030, p<.05) dan intensiti penggunaan laptop (p=0.031, p<.05). Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak maahad, guru dan pihak Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam menambah baik dan berusaha ke arah penyediaan guru yang boleh mengintegrasikan teknologi pelbagai media dengan baik agar tugas selaku pendidik dapat dijalankan dengan cemerlang.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Muat turun

Diterbitkan

2020-10-20