Sorotan terhadap Aplikasi Dimensi Pembelajaran Marzano dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Penulisan Karangan Argumentatif

Pengarang

  • Marzni Mohamed Mokhtar Universiti Putra Malaysia Author
  • Marni Jamil Author

Kata kunci:

Pembelajaran Marzano, kajian kes kualitatif, karangan argumentatif

Abstrak

Guru seharusnya bijak mengimbangi antara kandungan pengetahuan atau ilmu yang ingin disampaikan dan kemudiannya digabungjalin bersama dengan kemahiran-kemahiran lain khususnya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam membudayakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan. Kajian ini menumpukan pertimbangan terhadap kerelevanan pengaplikasian Dimensi Pembelajaran Marzano (1993) sebagai kerangka pandu dalam PdPc penulisan karangan argumentatif. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Seramai dua orang guru Bahasa Melayu yang mengajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah telah dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Proses pengumpulan data bersama-sama kedua-dua peserta kajian telah dilakukan dengan cara temu bual secara mendalam, pemerhatian di dalam bilik darjah, dan penganalisisan karangan argumentatif murid. Manakala data-data dianalisis menerusi proses penyaringan kod, penentuan kriteria dan pembinaan tema. Tema yang ditemui sebagai dapatan kajian ini adalah berdasarkan kepada lima dimensi yang digagaskan oleh model ini iaitu (i) dimensi sikap dan persepsi; (ii) dimensi memperolehi dan menyepadukan pengetahuan; (iii) dimensi memperluas dan menyempurnakan pengetahuan; (iv) dimensi menggunakan pengetahuan yang bermakna; dan (v) dimensi tabiat pemikiran.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Muat turun

Diterbitkan

2020-10-20