Penggunaan Teknik Scaffolding melalui Bimbingan Berkelompok dalamMeningkatkan Kualiti Tugasan Pelajar

Use of Scaffolding Techniques through Group Guidance in Improving the Quality of Student Assignments

Pengarang

  • Nor Khayati Basir Author
  • Fatin Izati Mohd Taher Author
  • Zahratun Sakinah Jamaluddin Author

Kata kunci:

Teknik scaffolding, kaedah bimbingan berkelompok, tugasan pelajar

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membimbing pelajar dalam meningkatkan  kualiti tugasan pentaksiran secara bimbingan berkelompok melalui teknik scaffolding. Responden kajian terdiri daripada seorang pensyarah kursus dan 4 orang pelajar semester 2 yang telah mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan tugasan pentaksiran kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032) semasa semester 1 di Politeknik Kuching Sarawak. Kajian tindakan ini menggunakan temu bual berstruktur dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data sebelum intervensi dijalankan. Semasa langkah intervensi, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian manakala soal selidik pula digunakan selepas fasa intervensi bagi mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan bimbingan berkelompok. Data temubual dianalisis secara manual bagi menentukan tema-tema berdasarkan objektif kajian. Manakala data soal selidik dianalisis secara manual dengan mengambil kira nilai kekerapan, peratus, dan min berdasarkan objektif. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan kaedah bimbingan berkelompok melalui teknik scaffolding dapat menarik minat dan membentuk sikap yang positif pelajar, meningkatkan tahap kepuasan pelajar, dan meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam proses melaksanakan tugasan yang lebih berkualiti. Melalui kajian ini, pengkaji berharap para pensyarah dapat mengukuhkan kaedah bimbingan pelajar melalui teknik scaffolding dalam menghasilkan tugasan pentaksiran yang lebih cemerlang bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai secara menyeluruh.

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Muat turun

Diterbitkan

2021-09-08