Pengintegrasian worked example dan teknik self-regulation dalam mengatasimasalah Ungkapan Algebra

Integration of worked example and self-regulation techniques in solving Algebra Expression problems)

Pengarang

  • Chiau-Yen Wee Author
  • Ying-Leh Ling Author

Kata kunci:

Algebra, worked example, teknik self-regulation

Abstrak

Pengajaran matematik yang efektif perlu mengandungi unsur-unsur penyampaian isi pelajaran yang berkesan kepada pelajar agar pelajar dapat memahami dan seterusnya maklumat tersebut boleh diaplikasikan untuk menyelesaikan pelbagai masalah matematik dalam pelbagai situasi. Keberkesanan penyampaian pengajaran matematik boleh ditingkatkan melalui pengaplikasian kaedah-kaedah pembelajaran seperti worked example dan self-regulation techniques yang telah dikenalpasti semasa kajian literatur. Oleh itu, kajian tindakan ini telah dijalankan untuk memenuhi tujuan ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian tindakan ini termasuklah soal selidik, Kuiz Pra, Kuiz Pos dan Ujian. Kajian ini membolehkan pensyarah mengadaptasi kaedah worked example dan self-regulation techniques bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam algebra. Dengan ini, kelemahan pelajar dalam algebra dapat diatasi. Kedua-dua kaedah ini telah membantu para pelajar memahami konsep dan meningkatkan kemahiran penyelesaian algebra dengan lebih baik dan berkesan.  

 

Muat turun

Muat turun data belum tersedia.

Muat turun

Diterbitkan

2021-09-08